ENTRI INI DIKARANG KHAS UNTUK PROGRAM 1CITIZEN YG DIANJURKAN OLEH PIHAK KPT UNTUK KOLEJ KOMUNITI. DIHARAPKAN ENTRI INI MENDAPAT SAMBUTAN YG MENGALAKKAN DARI KALANGAN PENGGUNA INTERNET DAN LAMAN SOSIAL.
SEMOGA KALIAN MENAMBAH PENGETAHUAN DALAM ENTRI INI :-) SELAMAT MEMBACA
Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia..,,
hari ini sara nk bercerita tentang jenayah siber..
haa...apakah jenayah siber??
MARI KITA BACA & RENUNGKAN PETIKAN KERATAN AKHBAR INI :
sumber : http://webjabatan.kedah.gov.my/pdl/fail/25julai2011_0003.jpg
Ok..mesti semua kurang jelas tentang apakah itu jenayah
siber..
Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui
penggunaan teknologi untuk menakut-nakutkan orang ramai dan bertujuan untuk
melakukan penipuan atau mencuri maklumat berharga..Jenayah siber juga dikenali
sebagai jenayah komputer,jenayah digital,e-jenayah dan jenayah elektronik..
Antara jenayah siber boleh kita lihat didalan bentuk :
A) PENIPUAN
PERBANKAN DALAM TALIAN
Penipuan perbankan dalam talian merupakan salah satu jenayah
siber yang semakin meluas. Penipuan ini terjadi apabila penjenayah tersebut
mendapat maklumat mangsa melalui panggilan palsu, yang kononnya merupakan
seorang pegawai bank yang memerlukan maklumat mangsa dengan menipu helah mangsa
dengan pelbagai taktik seperti memenangi pertandingan cabutan bertuah,
mempunyai nombor akaun yang istimewa dan sebagainya.
B) PEMBULIAN SIBER
Pembulian siber merupakan salah satu jenayah..
Kejadian ini berlaku apabila terdapat unsur-unsur jenayah didalan internet, seperti membuat gangguan di internet,
menimbulkan pergaduhan dalam laman sosial seperti facebook,twitter dan
lain-lain. Seterusnya boleh menyumbang kepada perkara atau aktiviti yang kurang sihat seperti pornografi dan pelakuan seks terbuka.
C) PELANGGARAN HARTA INTELEKTUAL
Pelanggaran harta intelektual lebih merujuk kepada jenayah
siber daripada orang luar contoh seperti "warga china mengaku bersalah mencuri
rahsia perdagangan ford". Ini merupakan salah satu jenayah siber keran
beliau telah mencuri maklumat penting mengenai premis tersebut
** Banyak faktor yang dapat kita lihat berlakunya jenayah siber
ini. Antara faktornya termasuklah suka-suka ingin membuat kacau, untuk
mendapatkan wang, untuk menyatakan bantahan, mencuri identiti(pencurian
identiti), memalsukan dokumen dan mesej serta lain-lain.
Apabila dah berlaku jenayah ini..selepas tu banyak lah kesan
yang boleh kita lihat seperti kehilangan keuntungan/hasil , membazirkan masa,
mencemarkan reputasi dan mengurangkan produktiviti dalam kegiatan perusahaan.
Contoh lain dalam jenayah siber juga terdapat melalui
kegiatan cetak rompak perisian, perisian percuma & perisian kongsi, ini
juga merupakan jenayah siber yang semakin berleluasa di dalam negara
kita..lihatlah..betapa mudahnya kerja meka untuk mendapatkan keuntungan yang
lumayan..
PERHATIAN !
Apabila anda mendapat tahu tentang jenayah siber, anda harus
melakukan keselamatan untuk maklumat peribadi anda didalam laman web dan juga
laman sosial. Keselamatan maklumat anda adalah demi keselamatan diri anda :)
Jangan sesekali meletakkan maklumat peribadi anda dilaman
sosial facebook ,twitter mahupun di blog kerana pencuri identiti ada
dimana-mana !
Jika anda berdegil juga hendak meletakkan maklumat peribadi
anda di laman sosial, kemungkinan besar anda akan diganggu oleh hacker &
cracker ! Tidak ketinggalan juga penghendap siber, pembulian siber dan seterusnya
anda akan digelar sebagai pemangsa internet !
maka dengan itu
sesiapa yang masih lagi mempunyai maklumat peribadi dalam laman sosial internet
anda haruslah edit dan padam segala maklumat tentang diri anda bagi mengelakkan
berlakunya jenayah siber..
Terdapat cara untuk memadamkan data secara kekal dari
komputer lama anda jika anda berhasrat untuk menjual semula komputer mahupun
komputer riba anda :-
1. Pertama, buka komputer atau komputer riba2.Kedua, keluarkan pemacu keras
3.Akhir sekali,hapuskan pemacu keras.
Diharapkan para pembaca dapat memahami dan mempelajari tentang jenayah siber..
jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang penjenayah atau mangsa jenayah siber :)
Semoga Kita Berjumpa Di Lain Entri Yg Berkaitan Dengan 1 CITIZEN :-)
alhamdulillah...sgt bermanfaat..ilmu baru buat diri saya..jenayah siber kalau tak dibendung dari awal..mmg natijahnya sgt buruk..keep it up sara..good job :D
ReplyDeleteSememangnya jenayah siber amat berleluasa pada masa kini..
ReplyDeletejadi berhati-hatilah ,, jangan mempamerkan butir2 peribadi..lebih2 lagi di laman sosial facebook :)
Nice...jangan mempamerkan kad pengenalan kepada orang yang kita tak kenal..
ReplyDeletepemalsuluan identiti juga boleh berlaku jika pengeluaran maklumat perbiadi secara terbuka
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete