Tuesday, November 20, 2012

JENAYAH SIBER & KESELAMATANNYA


ENTRI INI DIKARANG KHAS UNTUK PROGRAM 1CITIZEN YG DIANJURKAN OLEH PIHAK KPT UNTUK KOLEJ KOMUNITI. DIHARAPKAN ENTRI INI MENDAPAT SAMBUTAN YG MENGALAKKAN DARI KALANGAN PENGGUNA INTERNET DAN LAMAN SOSIAL.
SEMOGA KALIAN MENAMBAH PENGETAHUAN DALAM ENTRI INI :-) SELAMAT MEMBACA 



Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia..,, 
hari ini sara nk bercerita tentang jenayah siber..
 haa...apakah jenayah siber??



MARI KITA BACA & RENUNGKAN PETIKAN KERATAN AKHBAR INI :

 sumber : http://webjabatan.kedah.gov.my/pdl/fail/25julai2011_0003.jpg




Ok..mesti semua kurang jelas tentang apakah itu jenayah siber..

 Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui penggunaan teknologi untuk menakut-nakutkan orang ramai dan bertujuan untuk melakukan penipuan atau mencuri maklumat berharga..Jenayah siber juga dikenali sebagai jenayah komputer,jenayah digital,e-jenayah dan jenayah elektronik..



Antara jenayah siber boleh kita lihat didalan bentuk :




A) PENIPUAN PERBANKAN DALAM TALIAN 


Penipuan perbankan dalam talian merupakan salah satu jenayah siber yang semakin meluas. Penipuan ini terjadi apabila penjenayah tersebut mendapat maklumat mangsa melalui panggilan palsu, yang kononnya merupakan seorang pegawai bank yang memerlukan maklumat mangsa dengan menipu helah mangsa dengan pelbagai taktik seperti memenangi pertandingan cabutan bertuah, mempunyai nombor akaun yang istimewa dan sebagainya.


B) PEMBULIAN SIBER

Pembulian siber merupakan salah satu jenayah.. Kejadian ini berlaku apabila terdapat unsur-unsur jenayah didalan internet,  seperti membuat gangguan di internet, menimbulkan pergaduhan dalam laman sosial seperti facebook,twitter dan lain-lain. Seterusnya boleh menyumbang kepada perkara atau aktiviti yang kurang sihat seperti pornografi dan pelakuan seks terbuka.



C) PELANGGARAN HARTA INTELEKTUAL

  Pelanggaran harta intelektual lebih merujuk kepada jenayah siber daripada orang luar contoh seperti "warga china mengaku bersalah mencuri rahsia perdagangan ford". Ini merupakan salah satu jenayah siber keran beliau telah mencuri maklumat penting mengenai premis tersebut




** Banyak faktor yang dapat kita lihat berlakunya jenayah siber ini. Antara faktornya termasuklah suka-suka ingin membuat kacau, untuk mendapatkan wang, untuk menyatakan bantahan, mencuri identiti(pencurian identiti), memalsukan dokumen dan mesej serta lain-lain.


Apabila dah berlaku jenayah ini..selepas tu banyak lah kesan yang boleh kita lihat seperti kehilangan keuntungan/hasil , membazirkan masa, mencemarkan reputasi dan mengurangkan produktiviti dalam kegiatan perusahaan.
Contoh lain dalam jenayah siber juga terdapat melalui kegiatan cetak rompak perisian, perisian percuma & perisian kongsi, ini juga merupakan jenayah siber yang semakin berleluasa di dalam negara kita..lihatlah..betapa mudahnya kerja meka untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan..







PERHATIAN !

Apabila anda mendapat tahu tentang jenayah siber, anda harus melakukan keselamatan untuk maklumat peribadi anda didalam laman web dan juga laman sosial. Keselamatan maklumat anda adalah demi keselamatan diri anda :)
 Jangan sesekali meletakkan maklumat peribadi anda dilaman sosial facebook ,twitter mahupun di blog kerana pencuri identiti ada dimana-mana !

Jika anda berdegil juga hendak meletakkan maklumat peribadi anda di laman sosial, kemungkinan besar anda akan diganggu oleh hacker & cracker ! Tidak ketinggalan juga penghendap siber, pembulian siber dan seterusnya anda akan digelar sebagai pemangsa internet !

  maka dengan itu sesiapa yang masih lagi mempunyai maklumat peribadi dalam laman sosial internet anda haruslah edit dan padam segala maklumat tentang diri anda bagi mengelakkan berlakunya jenayah siber..

Terdapat cara untuk memadamkan data secara kekal dari komputer lama anda jika anda berhasrat untuk menjual semula komputer mahupun komputer riba anda :-
1. Pertama, buka komputer atau komputer riba
2.Kedua, keluarkan pemacu keras
3.Akhir sekali,hapuskan pemacu keras.

Diharapkan para pembaca dapat memahami dan mempelajari tentang jenayah siber..
jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang penjenayah atau mangsa jenayah siber :)


Semoga Kita Berjumpa Di Lain Entri Yg Berkaitan Dengan 1 CITIZEN :-)